Farah's Wonderland

Wednesday, November 10, 2010

Sakit Telinga di Kalangan Kanak-Kanak

Pernah tak anak2 u all mengalami penyakit ini? Ini terjadi pade anak saye, Kika. It happen bile my mother perasan die selalu tergaru-garu telinge die. Sampai la satu hari die mengadu sakit telinge. Saye bawa die pegi klinik..ayat doktor "ala, taik telinge keras ni, takde ape" saye tanye normal ke nie..Die kate normal. Die bagi saye ubat titik or scientific nye soluwax yang mane untuk mencairkan taik telinge.

Doktor siap pesan, nanti lepas 3 hari datang balik kite vacum bagi buang taik telinge. 3 day after that, saye datang tadah telinge anak saye untuk kuarkan taik telinge die. Itu la kali pertama and terakhir saye akan buat itu pade anak saye. Meraung2 Afieqa kate sakit, tapi doktor kate its ok tak sakit. Saye pulak berie nak bagi clear telinge die. Nah! Esoknye die demam panas, asal tido malas je akan terjage kesakitan, ibu mane yang sanggup tengok anak die kesakitan betul tak? Doktor bagi ubat Neofrogen yang kononye ubat tahan sakit. 2 hari saye rawat die dengan ubat, tapi nampak gaye tak berkesan Kika masih lagi kesakitan and telinge jadi merah.


Strukur telinga manusia

Saye bawak die pegi ke klinik lain, kali ni pakar kanak-kanak. Telinge die langsung tak boleh sentuh. Seksenye nak bukak kan baju die. Akibat dari vacum hari tu telinge die jadi bernanah. Seminggu jugak saye rawat die, then die OK tp saye still tak puas hati sebab bile suluh telinge die masih block! Next check up doktor kate telinge die dah ok and suruh continue letak earwax.

Kika muke takut bile nak dikorek telinge die. Sian budak nie, jadi fobia bile nak cuci telinge die.

Tp telinge anak saye tak jugak clear, ini berlarutan for almost 4 month, ulang alik saye ke klinik sebab sakit telinge. .doktor duk kate taik telinge keras and ulang bagi ubat yang same. Sampai satu ketika, Kika ngadu sakit telinge balik, this time again saye ke klinik mintak untuk jumpe pakar, tp pakar tkde, saye mintak doktor refer saye pade pakar telinge, boleh die bg saye surat referal mengatekan this patient refuse to take medication from here!Memangla saye refuse kan,sebab ubat yang die bagi lagi earwax, neofrogen and antibiotik. Ubat yang same setiap kali saye pergi. And tak tengok die history anak saye pegi klinik sebabkan sakit yang same, and langsung tkde inisiatif nak referkan saye pade pakar. Saye siap argue lagi dengan doktor tu, bukan nk tunjuk saye lagi pandai dari die, tapi ape gune kan die still bagi ubat yang same jugak.

Saye tekad, pegi cari klinik pakar E&T. Sudahnye saye ke E&T Doctor Esa di Sungai Chua Kajang, huh punyela saye susah hati, saye smpai dulu Klinik belum bukak pun lagi. So that saye tahu ape masalah sebenarnye telinge KIKa. Di E&T die akan suluh telinge anak kite and kite boleh tengok melalui tv condition dalam telinge anak kite. Alhamdulillah nothing serius doktor kate, telinge die bernanah kat dalam. Tapi pencegahan awal tu pentingkan?

Nasihat dari doktor,

-Hanye cuci telinge di permukaan telinga sahaja. Tak perlu dikorek sampai kedalam.
-Hanye cotton bud sahaja yang sesuai untuk mencuci telinge anak.
-Penggunaan minyak zaiton or baby oil disapu di permukaan telinge anak, untuk melebutkan taik telinge and melembapkan cotton buds untuk memudahkan untuk mencuci.


Susah nak cuci telinge si Kika nie, sebab die asyik nangis n tolak2 tangan saye.

Info tentang sakit telinga :-


Ada beberapa keadaan yang boleh menyebabkan sakit telinga di kalangan kanak -kanak. Punca biasa yang didapati ialah bahagian tengah telinga itu lebam ( Acute Otitis Media ). Penyakit ini biasanya disebabkan oleh kuman -kuman bakteria seperti ' Pneumococcus Haemophilus '. Kanak -kanak lebih mudah menghidapi penyakit ini kerana saluran yang menghubungi bahagian tekak dan bahagian telinga tengah yang dipanggil ' Tiub Eustachian ' mereka itu lebih pendek , lebih lebar kalibernya dan lurus kalau dibandingkan dengan tiub Eustachian orang dewasa. Oleh sebab ini kuman -kuman ke bahagian telinga tengah terutamanya jika mereka selalu baring.

Kanak -kanak yang mengalami keadaan lebam di bahagian telinga akan sakit telinga , demam dan akan selalu meragam. Seseorang doktor , yang memeriksa telinga kanak -kanak itu mungkin mendapati tanda -tanda cecair yang mengubahkan dinding timpanum atau ' Tympanic Membrance '. Jika keadaan ini tidak dirawat dengan antibiotik tekanan ke dalam bahagian telinga tengahnya ( yang disebabkan oleh cecair yang terkumpul didalamnya) akan memecahkan dinding timpanum ini. Apabila pecah cecair yang bernanah di bahagian telinga tengah itu akan mengalir keluar. Penyakit ini selalu menyebabkan kanak - kanak pekak atau menghidapi Lebam Tulang Mastoid ( Mastoiditis ). Pengunaan antibiotik telah banyak mengurangkan komplikasi seperti ini tetapi penyakit lebam bahagian telinga tengah masih selalu juga berlaku dan ramai kanak - kanak tidak dapat diberi rawatan dengan awal dan berkesan.

Kanak -kanak yang menghidap lebam bahagian telinga tengah biasanya demam dan sakit serta jelas mempunyai tanda - tanda cecair yang banyak terkandung didalam bahagian telinga tengahnya. Keadaan ini boleh dirawat dengan berkesan mengikut prosedur yang dipanggil ' Myringotomy ' di mana dinding timpanum telinganya itu dicucuk dengan jarum supaya cecair yang berupa nanah boleh mengalir keluar dari bahagian telinga tengahnya.

Kanak - kanak yang dilahirkan dengan bumbung mulut yang tidak lengkap atau ' Cleft Palate ' , dan kanak - kanak yang menghidap ' Sindrom Down ' lebih mudah mendapat penyakit ' Acute Otitis Media '. Ada juga kanak - kanak yang mempunyai ' Adenoid ' di bahagian belakang tekak yang lebih besar daripada biasa , hingga menutup lubang tiub Eustachain. Kanak - kanak selalunya berdengkur bila tidur kerana sukar bernafas. Pakar sakit telinga , Hidung dan Tekak yang merawat kanak -kanak ini selalunya akan membuangkan kedua -dua tonsil dan adenoid sekali gus dalam satu pembedahan .

Kanak -kanak yang kurang tahap imunitinya lebih senang mendapat penyakit lebam di bahagian telinga tengah. Selain dari itu senang juga mendapat penyakit infeksi lain seperti meningitis , cirit -birit , kelumpuk nanah ( abscesses ) di merata bahagian dalam tubuh badannya.

Satu lagi penyakit telinga yang biasa didapati di kalangan kanak -kanak ialah lebam di bahagian telinga luar ( Otitis externa ). Keadaan ini sangat menyakitkan dan kanak -kanak yang menghidapnya akan membantah jika telinganya digerakkan atau ditarik kerana pengerakan telinga luarnya itu akan membuatnya berasa bertambah sakit. Telinga luar yang basah akibat mandi di dalam kolam renang jika tidak dikeringkan mudah membawa kepada penyakit ini tambahan pula jika kulit di bahagian ini luka akibat ia dicungkil selalu dengan kuku atau alat yang tajam. Keadaan ini selalunya disebabkan oleh kuman -kuman bakteria seperti staphylococcus , E. coli , pseudomonas , atau fungus seperti aspergillusdan candida.

Bahagian luar telinga kanak -kanak ini mungkin mengeluarkan cecair berbau dan kanak -kanak itu rasa gatal dibahagian luar telinganya. Telinganya itu juga akan ternampak merah dan bengkak. Ubat yang lazim diberikan bagi keadaan ini ialah sejenis krim yang mengandungi antibiotik , yang disapukan di bahagian telinga luar kelihatan bengkak itu. Kadangkala bahagian yang bengkak itu mengandungi nanah. Ubat untuk mengurangkan sakit , seperti panadol dapat mengurangkan kesakitan kepada kanak -kanak itu.

Sakit telinga boleh juga disebabkan oleh lebam di bahagian tekak seorang kanak -kanak. Selalu juga didapati kes kanak -kanak yang sakit tekak disebabkan kuman virus mengeluh sakit telinga. Adakalanya kanak -kanak yang selesai menjalani penbedahan untuk membuangkan tonsilnya mengeluh sakit telinga.

Kesimpulan

Kebanyakan kanak -kanak yang mengeluh sakit telinga menghidap keadaan yang dipanggil ' Acute Otitis Media '. Keadaan ini lebih kerap terdapat di kalangan kanak -kanak dari orang dewasa kerana bentuk tiub eustachian mereka berlainan. Itulah sebabnya ramai Pakar Kanak -kanak dan Pakar Telinga , Hidung dan Tekak tidak menyarankan supaya bayi disusukan dalam keadaan berbaring sebaliknya , dalam keadaan bersandar. Rawatan dengan antibiotik seawal - awalnya yang boleh adalah disarankan supaya komplikasi seperti pekak dan Lebam Tulang Mastoid boleh dihindar. Kanak -kanak yang telah pecah dinding timpanumnya boleh menjejaskan pendengarannya dan mungkin akan memerlukan pembedahan untuk membetulkan bahagian yang pecah itu. Jika pendengarannya kurang , perkembangan bahasanya dan seterusnya pembelajarannya akan turut terjejas. Pengunaan alat pendengaran bagi kanak - kanak yang kurang pendengarannya boleh memberi manfaat sambil menunggukan pembedahan untuk membetulkan dinding timpanum.

http://www.hamidarshat.com/anak-kesihatan-informasi-165/170-sakit-telinga.html

Risiko Mengorek Telinga

Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih. Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran? Putik kapas merupakan pilihan untuk mengorek telinga Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran. Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu. “Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda,” katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini. Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga. Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga. Pengorek telinga yang diperbuat daripada besi boleh menyebabkan kecederaan pada gegendang telinga Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran. “Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang. “Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga”, katanya. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. “Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga,” katanya. Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir ataucecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga.Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung. “Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga,” katanya. Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi telinga.Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakan sejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka. Salah satu ubat telinga yang popular untuk melembut dan mengeluarkan tahi telinga Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. “Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan terkeluar dengan sendiri,” katanya. Info : http://www.mesra.net/forum


3 comments:

zailamohamad said...

alahai kesiannya, anak zaila pon cukup susah kalu nak korek telinga diorang, memang meronta2 ah

by the way, thanks for sharing!!

Anonymous said...

Boleh minta no telefon Klinik Dr Esa di Sg Chua tu. Sabtu pagi buka x?

FaRah Baharom said...

Anon : Nie No. Tel Klinik Dr. Esa :
03-87335798
Sabtu bukak dari pukul 10. tp better call dulu..:)